Saturday 9 November 2019

BEZA DUA JENIS BELIMBING

Hampir semua orang kenal buah belimbing. Tetapi, akan timbul kekeliruan apabila disebuat belimbing besi dan belimbing buluh.

Ramai yang menyangka belimbing buluh dan belimbing besi adalah jenis sama. Manakala jika disebut belimbing, ia merujuk kepada belimbing yang biasa dijual di pasar.

Sebenarnya, belimbing besi adalah belimbing yang biasa dikenali atau juga dipanggil belimbing manis. Belimbing ini biasanya dimakan segar atau dibuat jus.

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebagai starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang.

Manakala belimbing buluh adalah yang jenis masam. Belimbing buluh juga dipanggil belimbing sayur dan belimbing masam. 

Dinamakan belimbing sayur kerana ia biasa dicampurkan di dalam masakan. Manakala dipanggil belimbing masam kerana rasanya masam.

Pokok belimbing besi mengeluarkan buah di julai atau ranting, sedangkan belimbing buluh berbuah di batang yang memudahkan untuk dipetik. 

Harap perjelasan ringkas ini merungkai kekeliruan yang sering menerjah di minda orang ramai. Sepatutnya nama kedua-duanya disebut penuh sama ada belimbing besi atau belimbing buluh.  

No comments:

Post a Comment