Thursday, 13 August 2020

BURUNG TIONG GEMALA KERBAU

Burung gembala kerbau atau juga dikenali sebagai burung tiong gembala kerbau banyak terdapat di negara kita. Dipanggil burung gemala kerbau kerana burung ini suka bertengek di atas kerbau. Ia akan memakan serangga atau kutu yang ada di bahagian badan kerbau.

Dalam dialek Kelantan, burung gembala kerbau dipanggil burung leba.

Burung gembala kerbau atau nama saintifiknya Acridotheses tristis mudah dipelihara di dalam sangkar mahupun dijinakkan. Burung ini termasuk jenis makan serba serbi.

Ia makan serangga, labah-labah ("arachnids"), krustaseans, reptilia, mamalia kecil, biji benih, bijirin dan buah dan bahan buangan dari penempatan manusia. 

Ia mencari makan di tanah di celah rumput bagi serangga, dan terutamanya belalang. Ia bagaimanapun makan sebilangan besar serangga, kebanyakannya dikutip dari tanah.

Burung gembala kerbau mudah dijinakkan, terutama jika dibela dari kecil. Jadi ia boleh dijadikan binatang mainan dan mengingati nama panggilan yang diberikan kepadanya. 

Burung gembala kerbau yang jinak akan terbang bebas mencari makanan, tetapi akan sentiasa pulang ke rumah, terutama ketika tuannya ada di rumah. 

Ini berbeza dengan burung merpati yang terbang mencari makan pada sebelah pagi dan hanya akan pulang menjelang petang.

Memandangkan burung gembala kerbau makan serba serbi, ia boleh berkongsi makanan dengan manusia. Sebab itu, ia juga akan sibuk akan ‘minta’ makanan ketika tuannya makan.

Menariknya kebolehan burung gemala kerbau ialah boleh ‘bertutur’ atau mengajuk beberapa patah perkataan yang biasa didengar atau diajarkan kepadanya.

Burung gemala kerbau yang tinggal bebas bersama kawanan akan berbunyi bersama-sama pada awal malam yang dianggap sebagai ‘bunyi masyaakat’. Jadi, tidak sukar untuk mengetahui tempat tinggal burung gemala kerbau pada waktu malam.

Burung gembala kerbau mudah dikenali dengan badannya yang bewarna perang, kepala selubung hitam, dan tompok kuning di belakang mata. Paruh dan kakinya adalah kuning terang. 

Terdapat tompok putih pada tepi utama ("pelepah primer luar") dan alad sayap di bahagian bawah adalah bewarna putih. Kedua jantina adalah serupa.

Cara menjinakkan burung gemala kerbau
https://impianwaliman.blogspot.com/2021/11/swa.html


Anak burung gemala kerbau

1 comment: