Sunday 24 September 2023

HENTIAN ROYAL BELUM AMANJAYA, PULAU BANDING

 
Hentian Rayal Belum Amanjaya terletak di Pulau Banding, Tasik Temenggor, Gerik, Perak. Jarak Hentian Royal Belum Amanjaya dari Grik kira-kira 45 kilometer, manakala dari Jeli pula lebih kurang 82 kilometer.
 
Hentian ini menjadi salah satu hentian rehat dan rawat di kalangan pengguna Jalan Raya Timur Barat dari Jeli di Kelantan ke Grik di Perak. Pun begitu, ia masih belum terkenal di kalangan pengguna kerana banyak orang menyangka ia adalah jeti bot atau tempat swasta.
 
Sememangnya, sebelum ini tempat tersebut lebih berfungsi sebagai terminal jeti awam untuk mereka yang ingin masuk ke Taman Negeri royal Belum dan Hutan Tropika Belum-Temenggor. Ketika itu ia dikenali sebagai Jeti Awam Pangkalan Aman, Pulau Banding.
 
Pembangunan dan naik taraf Hentian Royal Belum Amanjaya bermula pada Januari 2014 dan siap sepenuhnya pada September 2016.
 
Projek bernilai dibina dengan kos sebanyak RM20.4 juta itu turut dilengkapi kedai serbaneka, medan selera, kedai cenderahati, ruang parkir yang mencukupi untuk kereta dan bas serta sebuah helipad telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 20 Mac 2018.
 
Biarpun matlamat asal pembinaan ada sebagai menggantikan Jeti Awam Pengkalan Aman, nama kemudahan yang disediakan turut untuk dimanfaatkan oleh pengguna Jalan Raya Timur Barat sebagai tempat rehat dan rawat. Inilah dikatakan fungsinya dua dalam satu.
 
Hentian Royal Belum Amanjaya yang menjadi pintu masuk utama ke Hutan Tropika Belum-Temengor (BTTR) dan Taman Negeri Royal Belum.
 
Pengguna dari Grik, hentian ini terletak di sebelah kiri di “kepala” jambatan. Ada papan tanda makluman hentian. Selepas membelok ke kiri, teruskan perjalanan sehingga tiba di satu simpang ke kanan. Belok ke kanan melalui jalan yang menurun. Berhati-hati jalan sempit kerana ada kenderaan yang parkir di bahu jalan. 
 
Jika pengguna dari Jeli, ia terletak di hujung jambatan. Dari atas jambatan sudah boleh dilihat hentian tersebut yang terletak di sebelah kanan.



No comments:

Post a Comment