Saban
hari banyak kes dera dan keganasan rumah tangga dilaporkan. Kes membabitkan
orang terdekat termasuk suami dan keluarga pertalian darah seperti saudara
mara.
Mereka mengalamai isu keganasan dan penderaan mangsa menjadi trauma dan mereka sepatutnya memerlukan sokongan dan semangat untuk mengembalikan kehidupan normal.
Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana membawa kesan kepada sosial dalam
masyarakat.
Kejadian dera adalah masalah sosial yang membengkak dalam masyarakat. Istilah
penderaan itu sendiri begitu luas dan konsepnya tidak mengenal jantina dan ia
boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu penderaan fizikal dan mental.
Penderaan fizikal lazimnya menggunakan tangan atau objek manakala penderaan
mental menjurus kepada kata-kata atau perbuatan yang boleh mendatangkan tekanan
mental kepada mangsa. Penderaan jenis ini membuatkan seseorang menjadi murung,
tidak lalu makan dan rasa tertekan.
Dera emosi pula, ia membuatkan mangsa menjadi tidak tenteram dan lebih
membabitkan perasaan. Sebagai contoh, jika isteri melakukan perkara yang tidak
disukai suami seperti keluar rumah tanpa keizinan dan memakai pakaian yang
tidak disukai, ia dianggap satu penderaan emosi terhadap suami.
Penderaan ekonomi pula, apa saja yang menggugat kesejahteraan rumah tangga
seperti kekurangan dalam memberi nilai kebendaan kepada isteri boleh dianggap
penderaan ekonomi. Sebagai contoh, suami tidak membeli pakaian ia dianggap
boleh menyebabkan penderaan ekonomi.
Oleh itu, apa saja yang memberi kesan kepada seseorang menyebabkan rasa sengsara
dari segi emosi, psikologi dan ekonomi, ia jelas adalah salah satu bentuk
penderaan.
Apa saja situasi yang berlaku, ia adalah titik permulaan kepada penderaan atau
keganasan. Paling tenat atau membimbangkan, penderaan emosi atau psikologi
bertukar kepada penderaan fizikal. Sebagai contoh, contohnya, kes simbah asid
kepada mangsa, menyebabkan mereka menjadi trauma.
Apabila melihat cermin mangsa akan mengingati kejadian itu. Bukan kesan
simbahan itu menyebab parut yang buruk malah paling teruk ialah ia mengganggu
emosi mangsa.
Penderaan fizikal, emosi dan psikologi sebenarnya mempunyai hubungan. Ini
kerana penderaan fizikal itu berlaku hasil daripada penderaan emosi dan
psikologi juga.
Lebih mengecewakan, kes penderaan yang tinggi jumlahnya ini kebanyakannya tidak
dilaporkan kepada pihak berkuasa menyebabkan pihak terbabit sukar mengambil
tindakan atas dasar kasih sayang, pujukan pasangan dan perasaan trauma dan
takut kejadian dera berulang kembali atau lebih teruk.
No comments:
Post a Comment