Kekal dengan jawatan sekarang bukan mengkhianati parti. Parti yang setuju menubuhkan kerajaan gabungan dengan parti-parti lain. Dan, parti juga telah menyatakan kesediaan untuk terus kekal dalam gabungan sehingga Dewan Rakyat dibubarkan atau sehingga akhir Ogos ini.
Jadi, mengapa perlu tergesa-gesa perlu melepaskan jawatan. Menteri UMNO bukan menyokong Muhyiddin atas kapasitinya sebagai Presiden PPBM, tetapi sebagai Perdana Menteri.
Menteri UMNO mewakili parti. Jadi, mereka membawa nama UMNO/BN. Bukankah mereka ini dilantik jadi menteri setelah Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN sendiri nyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.
Sudah menjadi menteri, jadi kenalah melakukan tugas sebagai ahli kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Ahli UMNO sepatutnya berbangga dengan menteri dari UMNO yang dilihat melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Boleh dikatakan tanpa menteri UMNO, kerajaan Perikatan Nasional (PN) jadi hambar dan tidak mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sepatutnya, ahli UMNO mengiktiraf kemampuan menteri UMNO kerana ia secara tidak langsung membuktikan keupayaan pemimpin UMNO memimpin negara. Diharapkan keyakinan pengundi untuk memilih UMNO/BN pada PRU15 nanti meningkat.
Tiga menteri dari UMNO yang diketuai Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri kesihatan) dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah individu bertanggungjawab mengetuai operasi menentang wabak Covid-19.
No comments:
Post a Comment