Tuesday 22 December 2020

IKAN TILAPIA MUDAH DITERNAK

Di Malaysia terdapat 2 spesies yang terkenal iaitu tilapia (biasanya dieja talapia) merah dan tilapia hitam. Bagaimanapun terdapat lebih lebih kurang 30 spesies ikan ini dari jenis yang sama seluruh dunia. 

Tilapia merupakan spesis ikan yang mudah hidup di samping mempunyai daya tahan yang tinggi, menyebabkan ianya menjadi pilihan utama penternak ikan air tawar.

Di Malaysia, ikan tilapia hitam banyak terdapat di lombong-lombong dan kolam terbiar, mungkin disebabkan faktor di atas selain kadar pembiakan yang banyak.

Ikan tilapia dikatakan berasal dari benua Afrika. Ikan tilapia hitam merupakan ikan dari Sungai Nil. Ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya kawasan sawah padi.

Ikan tilapia banyak dipelihara di negara negara beriklim tropika. Ia mudah membiak dan tidak rumit dijada. Berbanding penternakan di negara beriklim sejuk, air perlu dihangatkan sehingga setara dengan suhu di negara tropika. Sebab itu, pemeliharaan ikan tilapia banyak tertumpu di negara beriklan tropikal yang tidak memerlukan kos tambahan untuk memanaskan air kolam.

Penternakan ikan tilapia memang mudah. Tidak banyak perkara yang perlu difikirkan tentang kos dan penjagaan jika sekadar ingin memelihara untuk tujuan penggunan sendiri dan pasaran secara kecil-kecilan.

Namun, jika ingin membuat secara komersial, memang ada faktor atau perkara yang perlu difikirkan. Kajian dan pemilihan tapak serta pengurusan operasi perlu dititik berat kerana melibatkan modal dan kadar untung.

Untuk pemeliharaan tujuan komersial, rujukan dan kajian perlu dilakukan dengan teliti. Tulisan ini sekadar maklumat asas mengenai cara memelihara talapia, terutama mereka yang ada memiliki kolam terbiar atau kawasan yang boleh dijadikan kolam.

Kalau ada kolam terbiar, jangan terus biarkan ia terbiar begitu sahaja. Rugi jika tidak dimanfaatkan. Kawasan kolam boleh dijadikan tempat memelihara ikan talapia.

Ikan tilapia jenis ikan yang mudah dijaga dan senang untuk dibiakkan. Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menternak ikan talapia ini tetapi memadai dengan mempunyai ilmu yang asas.

Kalau dalam keadaan semula jadi ikan itu boleh hidup sendiri, mengapa pula tidak jika kita melakukan sesuatu lebih baik untuk mereka seperti memberi makan dan menjaga kualiti air? Apa yang penting ada sumber air berterusan dalam kolam itu.

Jadikan ia sebagai aktiviti keluarga. Boleh latih anak melakukan tugas memberi makan ikan dan sebagainya.

Kalau sudah berminat dan melihat potensi keuntungan, kalau ada peluang boleh dilakukan secara dalam skala lebih besar.

Selain daripada memasak sendiri ikan ini di rumah, ikan talapia juga mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran terutamanya di restoran makanan laut dan pasaraya.

Ikan tilapia boleh dibiak dan diternak dengan pelbagai cara dan pelbagai jenis persekitaran.

Kita boleh menternak ikan tilapia di dalam kolam, sangkar, tasik, tangki plastik dan banyak lagi.

Menternak ikan tilapia di dalam kolam adalah kaedah yang paling mudah dan jimat kerana kita boleh biarkan ikan memakan makanan semula jadi yang ada di dalam kolam tersebut.

Adalah baik jika kita memulakan penternakan ikan tilapia secara kecil-kecilan untuk mendapatkan pengalaman terlebih dahulu sebelum berkembang menjadi sistem yang lebih besar.

Ketika di dalam fasa tumbesaran ini, kita perlu memberi makanan yang mencukupi dan mengekalkan keadaan air yang menggalakkan tumbesaran.

Selain itu kita juga perlu membuat pemeriksaan ikan-ikan kita agar tidak mempunyai penyakit.

Ikan tilapia selalunya mengambil masa 4 hingga ke 6 bulan untuk membesar dan sedia untuk dituai atau ditangkap.


1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete