Tuesday 27 July 2021

Sidang serlah perangai buruk Ahli Parlimen Pembangkang

Sebaik sahaja parlimen mula bersidang, keadaan parlimen menjadi hiruk pikuk, cacamerba dan kelam kabut hasil perangai tidak bertamadun yang dipamirkan oleh barisan ahli parlimen pembangkang.

Dalam masa yang sama para wakil rakyat kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri tetap tenang dan matang dari hentaman serangan yang dilancarkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.

Gerak kerja ahli-ahli parlimen pembangkang seperti dirancang rapi terlebih awal. Bukan sangat nak berbahas tetapi menggunakan pentas untuk mewujudkan suasana panas dan persepsi buruk kononnya kerajaan PN melakukan penderhakaan ke atas DYMM Agong dengan melanggar perlembagaan dan peraturan persidangan parlimen.

Hujah dan alasan perbahasan ahli-ahli parlimen berulang-ulang perkara yang sama dalam bentuk nada yang bersama.

Paling hina sekali ketika Perdana Menteri sedang menyampaikan penerangan terusan para ahli parlimen yang diketuai ahli-ahli parlimen DAP terus melakukan ganggu kacau. Suasana sudah seperti sarkas tanpa kawalan.

Perdana Menteri tetap tenang dan bertindak matang sesuai dengan sikap seorang negarawan.

PH bukan sangat nak lihat sidang khas parlimen berjalan lancar dan licin tetapi lebih kepada provokasi murahan untuk berlakun pejuang nasib rakyat.

Rakyat sudah sepatutnya tahu membeza dan menilai kualiti dan kejujuran antara wakil-wakil rakyat kerajaan dengan pembangkang.

Watak pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih kepada membangkang apa jua isu dan saranan ditawarkan oleh kerajaan. Tidak bertindak sebagai penyumbang tambah baik demi kesejahteraan rakyat yang kini sedang bertarung dengan pandemik Covid-19 yang melada seluru dunia.

Teriakkan kerajaan gagal akhirnya terbukti PH pula yang gagal mempamirkan suatu watak yang bergelar Yang Berhormat.

Ini terbukti apabila Perdana Menteri memulakan ucapan sambil mengajak seluruh ahli parlimen bertafakur dan yang beragama Islam membacakan surah Al-Fatihah untuk semua mangsa Covid-19 yang tewas.

Amat mengejutkan sekali apa bila beberapa ahli parlimen pembangkang dari DAP bangun sambil menjerit-jerit cuba lakukan ganggu kacau terhadap Perdana Menteri.

Tiada sifat ehsan langsung yang dipamirkan oleh para ahli parlimen ini. Jenis mau memaksimakan apa jua isu untuk dijadikan bahan politik picisan lagi murahan.

Kalau ya pun nak berpolitik kebencian melampau, sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa hormat dan simpati secebis kepada para waris dan keluarga mangsa Covid-19 yang tewas. Hormatilah pemintaan ruang untuk bertafakur dan membacakan surah Al-Fatihah.

Geleng kepala dengan tabiat yang ditonjolkan oleh barisan ahli parlimen pembangkang. Tiada tahu membezakan bila patut membangkang dan bila waktu untuk memberikan ehsan. Politik kebencian cukup menebal menyelimuti hati dan jiwa mereka.

Teks dan gambar: media maya.

 

No comments:

Post a Comment