Jalan Tok Semian, Kota Bharu. Jalan ini bermula
dari persimpangan Jalan Belakang Istana di hadapan pintu pagar Sekolah
Kebangsaan Merbau, menuju ke tebing Sungai Kelantan melepasi Jalan Sultanah
Zainab, Jalan Post Office Lama dan terus ke Jalan Atas Paloh sebagai
penghujung. Panjang Jalan Tok Semian lebih kurang 800 meter.
Tok Semian adalah nama gelaran atau
panggilan kepada jurutulis kepada Sultan Kelantan dan kerajaan Kelantan pada abad
ke-19 hingga awal abad ke-20. Perkataan “semian” adalah berasal daripada bahasa
Siam yang bermaksud “jurutulis”.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II
terdapat Pejabat Semian terletak di sbuah bangunan panyang diperbuat daripada
kayu di hadapan Istana Balai Besar yang dikenali sebagai “Opis Panjang”.
Salah seorang Tok Semian ialah Wan Abdul
Rahman bin Lebai Muda yang bertugas sebagai semian kepada Sultan Muhammad II (memerintah
1836 hingga 1886). Wan Abdul Rahman
tinggal di kawasan Jalan Tok Semian.
Kawasan Jalan Tok Semian cukup terkenal
pada masa dahulu kerana di kawasan tersebut menjadi tempat tinggal para ulama
dan pelajar yang mencari ilmu di Masjid Muhammadi yang terletak tidak jauh
darinya. Malah nama Tok Semian turut dianggap sebagai satu nama kampung untuk
pengenalan nama kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment