Thursday, 14 April 2022

KURANG MAKAN BADAN LEBIH SIHAT

 
Mengurangi makan dapat menyebabkan kesihatan badan. Kebanyakan penyakit berasal dari banyak makan. Apabila banyak makan, maka lemak akan berkumpul di dalam usus dan urat, akibatnya timbul bermacam-macam penyakit, sehingga terhalang untuk beribadah dan hati sentiasa gelisah sehingga menghalangi zikir dan fikir.

Di samping itu perlu makan ubat, berpantang, harus mengunjungi doktor, memeriksa tekanan darah memeriksa najis. Pendek kata, mereka akan terperangkap dalam banyak peraturan akibat banyak makan dan tentu saja harus mengeluarkan banyak wang. Belum lagi kesusahan dan penderitaan yang harus dirasakannya Hanya orang yang dapat menahan lapar yang selamat dari musibah ini.

Rasulullah SAW bersabda bahawa sepertiga bahagian perut hendaknya diisi dengan makanan, sepertiga diisi dengan air dan sepertiga lagi dibiarkan kosong untuk udara. Ketika hadis ini terdengar oleh seorang falsafah, d ia terperanjat dan berkata: "Baru sekarang ini aku mendengar perkataan yang sangat tepat dan baik untuk mengurangi makan. Tidak diragukan lagi, inilah kata-kata ahli hikmah.".

Ketika heboh mengenai kenaikan harga barangan, termasuk makanan, kita dapati rakyat Malaysia masih mampu berbelanja seperti biasa. Gedung membeli belah, pasaraya dan restoran masih dipenuhi dengan pelanggan. 

Pesta makanan masih lagi berlangsung dengan meriah. Orang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memenuhi selera makan masing-masing. Orang yang marah-marah dengan kenaikan harga makanan masih lagi berbelanja seperti biasa.

Untuk berjimat, sepatutnya kita mengurangkan makan atau makan secara bersederhana. Kengkang nafsu makan yang sebenarnya tidak pernah puas dan mendatangkan banyak keburukan. 

Penyebab terbesar kebinasaan seseorang adalah tamak terhadap dunia. Tamak berasal dari perut dan kemaluan. Kekuatan kemaluan juga disebabkan ketamakan perut. Jika seseorang mengurangi makan, dia akan selamat dari musibah ini. Hanya orang yang diberikan taufik oleh Allah SWT  sajalah yang bernasib baik dapat melakukannya.

No comments:

Post a Comment