Monday, 23 May 2016

RESIPI SERUNDING DAGING

Sambal daging atau serunding daging memang terkenal di Kelantan. Terdapat beberapa lokasi terkenal menghasilkan sambal daging seperti di Kampung Laut, Tumpat dan Kubur Maras, Kota Bharu.

Sesuai dengan namanya sambal daging, maka bahan asasnya ialah daging lembu atau kerbau (juga daging ayam). Resipi membuat serunding daging memang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Terdapat juga sambal ikan atau serunding ikan.

Bahan-bahan lain selain daging (atau ikan) ialah (mengikut citarasa masing-masing):
- Kelapa parut
- Halia
- Biji ketumbar
- Bawang merah
- Jintan putih
- Udang kering
- Asam jawa
- Garam
- Serbuk kari
- Cili kering
- Santan
- Gula
- Minyak masak

Cara penyediaan:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia, kelapa parut dan udang kering.
- Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak berasap, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan daging (telah disiat-siat kecil yang telah direbus) dan kacau rata.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak menggunakan api kecil sehingga kering.
- Masukkan jus asam jawa dan santan.
- Gaulkan sehingga kering dan hidangkan.

Perhatian:
Mungkin anda ada cara memasak yang berbeza. Apa yang penting daging itu kering dan sebati dengan ramuan yang dicampurkan itu. Selamat mencuba.

Serunding sesuai dimakan bersama nasi, pulut, ketupat dan sebagainya. Serunding menjadi pilihan kerana rasanya sedap dan boleh disimpan lama.

No comments:

Post a Comment