Saturday 24 October 2020

TUDM LAKSANA PENGHANTARAN BANTUAN PERUBATAN KE SABAH

Pesawat angkut jenis C130H dari No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang pada hari ini telah melaksanakan penerbangan ke Sabah bagi membawa kelengkapan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (HMATM) dan alatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Kota Kinabalu serta Tawau.

Antara kelengkapan HMATM yang dibawa adalah seperti "trolley transport patient dan oxygen concerntrator". Manakala alatan perubatan KKM pula terdiri daripada "blood packed cell, RTK, dry ice item dan PPE set".

Penerbangan hari ini juga turut membawa 350 kit keselesaan yang disumbangkan oleh Malaysia Airports bagi diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Kota Kinabalu dan Tawau. Kit keselesaan ini terdiri daripada satu beg tidur, satu tuala muka dan satu set peralatan mandian.

Penerbangan pulang ke PU Subang pula, pesawat C130H ini turut membawa 20 kotak sampel "swab test" dari Tawau dan Kota Kinabalu yang mana diserahkan kepada KKM sebaik tiba di PU Subang. Sampel-sampel tersebut akan dilaksanakan ujian pengesahan di makmal-makmal semenanjung.

Penerbangan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Mej Khairol Fadlyu TUDM selaku juruterbang dan Kapt Raja Fairul TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain yang turut membantu misi ini adalah jurutera penerbangan, Mej Yusof TUDM serta 3 orang loadmaster iaitu FSjn Osman, FSjn Rizal dan Sjn U Artiney.

Semalam, TUDM turut melaksanakan penghantaran menerusi pesawat A400M bagi membawa aset logistik untuk kelengkapan persiapan '. Tentera Malaysia di Kompleks Penjara Kota Kinabalu, Kepayan

TUDM akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan terutamanya di dalam membantu negara memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anak kapal serta pihak-pihak yang turut terlibat dalam memastikan kesemua misi penghantaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Salin dan tampal dari FB Tentera Udara Diraja Malaysia

---------------

Tahniah kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan tugas dengan jayanya. Tahniah kepada Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan) selaku Menteri Pertahanan yang mengaturgerak aset TUDM dan cabang perkhidmatan lain untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah yang sedang bertarung dengan Covid-19.


No comments:

Post a Comment