Tuesday 15 June 2021

MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN KE 15

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-15 yang dihoskan oleh Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ADMM 2021 melalui persidangan video, hari ini.

Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan sembilan inisiatif ASEAN, termasuk cadangan Malaysia untuk menubuhkan Rangkaian Pertahanan Siber ASEAN (ACDN) yang bertujuan menghubungkan semua pusat operasi pertahanan siber negara anggota ASEAN (AMS) di bawah rangkaian, memanfaatkan kepakaran pertahanan siber AMS.

Inisiatif ini akan menjadi platform kepada AMS untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik serta membina keyakinan dan kesediaan dalam pertahanan siber.

Jelas sekali, biarpun sibuk dengan tugas sebagai jurucakap kepada kabinet mengenai Covid-19 yang memerlukan beliau mengerah sepenuh fikiran dan tenaga, tugas hakiki sebagai Menteri Kementerian Pertahanan tetap diutamakan.

Semangat yang ditujukkan Ismail Sabri ada sebagai bukti menteri dari UMNO mampu menggalas tugas dengan baik.

No comments:

Post a Comment