Tuesday 23 November 2021

BUDAYAKAN SUKAN DALAM MASYARAKAT

 
Masyarakat perlu digalakkan agar membudayakan aktiviti sukan dalam kehidupan seharian kerana mempunyai banyak manfaat yang diperoleh melaluinya.

Budaya bersukan perlu disemai dan disuburkan dalam masyarakat kita untuk melahirkan masyarakat yang cergas, cerdas dan harmoni.

Bersukan adalah satu cara untuk menyatukan masyarakat melalui aktiviti yang disertai, selain melahirkan generasi yang cergas dan cerdas.  

Rakyat di negara maju menjadikan aktiviti bersukan sebagai satu cara hidup di mana lebih 80 peratus rakyatnya bersukan atau beriadah secara berkala.

Di negara maju setiap komuniti masyarakat di sesuatu kawasan mempunyai persatuan sukan dan kompleks sukan sendiri yang melibatkan semua peringkat umur.

Komuniti di negara maju mempunyai pasukan bagi acara sukan tertentu dari peringkat usia kanak-kanak, remaja, belia dan veteren. Mereka secara berkala menanjurkan pertandingan dan aktiviti yang disertai oleh majoriti masyarakat setempat.

Hal ini jauh berbanding di negara kita yang mana sukan hanya melibatkan segelintir ahli masyarakat sahaja, khususnya di kalangan remaja.

Bersukan dapat melahirkan masyarakat yang cerdas dan cergas yang amat diperlukan untuk menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang cerdas dan cergas mampu mencapai kejayaan hidup lebih cemerlang berbanding orang lain.

No comments:

Post a Comment