Friday 21 January 2022

PUNCA MENGANTUK SELEPAS MAKAN PULUT

 
Pulut tergolong dalam kumpulan karbohidrat dan mempunyai indeks glisemik (IG) yang sangat tinggi. Indeks glisemik merujuk kepada berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makan makanan tersebut.

Menurut saintis di University of Sydney, makanan yang tinggi IG akan meningkatkan penghasilan triptofan (sejenis asid amino) dan serotonin (sejenis neurotransmitter). Kedua-dua komponen ini mendorong kepada rasa mengantuk. 

Selain itu, makanan yang mengandungi karbohidrat akan menghasilkan insulin apabila dimakan. Insulin ini akan menyingkirkan semua asid amino – kecuali triptofan – dari darah anda. Ini akan memudahkan triptofan untuk memasuki otak kerana tidak perlu bersaing dengan asid amino yang lain.

Di dalam otak, triptofan akan ditukarkan kepada niacin, iaitu sejenis vitamin B essential untuk menghasilkan serotonin. Serotonin pula diperlukan bagi menghasilkan melatonin, iaitu hormon yang mengatur kitaran tidur/jaga anda.

Oleh itu, dengan peningkatan triptofan daripada makanan yang  dimakan, secara tidak langsung akan membuat anda rasa mengantuk.

Pulut merupakan bijirin daripada sumber karbohidrat yang tinggi indeks glisemik. Makanan tinggi indeks glisemik akan meningkatkan penghasilan triptofan dan serotonin, dan membuatkan anda rasa mengantuk.

No comments:

Post a Comment