Wednesday 16 February 2022

CARA MELAKUKAN KERJA KEBAJIKAN

Dalam kerja kebajikan, tiada siapa berlumba-lumba nak saingi sesiapa. Masing-masing yang terlibat bersama-sama pakat bantu sesama. Berkongsi semua ilmu yang ada, saling bantu satu sesama.

Untuk melakukan kerja kebajikan tidak mampu dilakukan berseorangan, melain dalam skala kecil. Misi menjayakan kerja kebajikan perlu menjalinkan hubungan rapat dengan pelbagai NGO lain, serta orang persendirian. Bahkan, perlusentiasa menadah tangan untuk membantu jika diperlukan.

Netizen dan masyarakat pula, tak perlu sampai mengecam berlebihan. Jika tegur, tegur dengan berhemah. Bukan tegur untuk menjatuhkan. Tegurlah agar mereka jadi lebih baik, lebih terususun, lebih memberi impak dan jauh dari segala risiko. Bukan tegur nak bagi orang jatuh, malu dan putus asa.

Kerja kebajikan sekarang tidak lepas daripada menggunakan medan media sosial. Setiap individu atau kumpulan melakukan kerja kebajikan ada pengikut tersendiri, ada pengaruh tersendiri, ada peminat tersendiri, ada penyokong tersendiri.

Jadi, kerja-kerja yang dilakukan lebih terarah dan tersusun. Ada sesaran dan kaedah masing-masing untuk menjayakan kerja kebajikan.

Tujuan dan niat melakukan kerja kebajikan semua adalah baik. Nak bantu orang susah. Namun niat tidak menghalalkan cara. Tidak boleh tiru macam Robin Hood.

Hendak melakukan kebaikan hendak dilakukan dengan cara baik dan betul. Dalam Islam diajar begitu, dalam adab susila pun ditekan juga. Semua tujuan dan niat yang baik, kita sempurnakan dengan cara yang betul. Insya-Allah lebih banyak sokongan manusia, lebih besar reda Allah.

No comments:

Post a Comment