Monday 16 May 2022

PULAU SAPI, TAMAN LAUT SABAH

 
Pulau Sapi merupakan salah sebuah pulau yang terletak di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah. Pulau lain termasuk dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahmah ialah Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug, masing-masing tidak kurang indahnya dengan pasir memutih serta laut jernih.

Pulau ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan menaik bot dari pusat bandar Kota Kinabalu. Pulau seluas 25 ekar (10 ha) ini memiliki pantai yang terbaik di taman dan popular di kalangan pelancong.

Pulau Sapi juga mempunyai beberapa tapak menyelam untuk pengunjung yang menggemari aktiviti menyelam.

Selain itu pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti snorkeling dan aktiviti di pantai seperti berkelah sambil menikmati pemandangan yang indah.

Antara tarikan utama di Pulau Sapi pada waktu siang ialah aktiviti pantai seperti snorkeling, selain produk terbaiknya iaitu 'zipline flying fox' atau bergayut dan meluncur daripada Pulau Gaya ke Pulau Sapi.

Bergayut sambil meluncur sejauh kira-kira 250 meter itu pasti memberi pengalaman hebat kepada pengunjung yang mencubanya.

Zipline flying fox di Pulau Sapi dikatakan antara yang terpanjang di dunia bagi kategori dari pulau ke pulau. Alang-alang sudah sampai ke Pulau Sapi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti lasak mendebarkan itu.

Jangan bimbing untuk mencubanya. Perasaan takut akan hilang dalam beberapa saat apabila melihat pemandangan indah sambil meluncur selama kira-kira 40 saat.

Untuk ke sini pengunjung boleh menempah atau menyewa bot dari Terminal Feri yang terletak di Jesselton Point Waterfront di pusat bandar Kota Kinabal dan berhampiran dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

No comments:

Post a Comment