Friday 27 May 2022

PCAK BANTU ASNAF PERLU BASIKAL

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bantu asnaf memerlukan basikal. Ketika sudah banyak keluarga mempunyai kereta lebih daripada sebuah, masih ada keluarga yang hanya ada sebuah basikal.

Sebuah keluarga di Kampung Rengas, Bachok hanya ada sebuah basikal yang digunakan oleh bapa untuk pergi dan balik tempat kerja. Bayangkan apa yang boleh dibawa dengan basikal dan berapa jauh mampu dikayuh?

Untuk kemudahan keluarga berkenaan, PCAK membelikan sebuah basikal untuk digunakan oleh keluarga berkenaan, terutama anak untuk ke sekolah.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment