Wednesday, 13 November 2024

JAMBATAN PULAU CHE SOH, DELTA SUNGAI KELANTAN

 
Di kawasan kepulauan delta Sungai Kelantan di bahagian jajahan Tumpat, terdapat 33 buah pulau. Namun, daripada 33 pulau itu, hanya 13 pulau yang didiami. Antara pulau yang didiami ialah Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Che Soh dan Pulau Cendor.
 
Jalan penghubung di antara pulau hanya melalui jalan simen dan denai. Antara pulau pula ada jambatan sebagai penghubung yang hanya boleh dilalui pejalan kaki, basikal atau motosikal.
 
Sebelum November 2024, penduduk di Pulau Che Soh perlu menggunakan perahu atau motobot untuk kepulau-pulau lain. Ini termasuklah pelajar dari Pulau Che Soh untuk pergi dan balik sekolah yang terletak di Pulau Beluru iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru.
 
Namun, apabila siapnya sebuah jambatan, ia telah mengubah cara pengangkutan penduduk di Pulau Che Soh yang boleh ke mana-mana bahagian pulau lain menggunakan motosikal, basikal, mahupun berjalan kaki.

Jambatan tersebut menghubungkan Pulau Che Soh dengan Pulau Seratus. Dari Pulau Seratus, terdapat laluan dan jambatan menghubungkan dengan pulau-pulau lain. 

No comments:

Post a Comment