Bunker kecil atau kubu pertahanan bawah
tanah banyak dibina di bandar Hanoi, Vietnam ketika Perang Vietnam. Ia
digunakan sebagai pertahanan daripada serangan udara.
Bunker itu dibina di kawasan kaki lima di Hanoi. Ia dibina sekadar cukup untuk menjadi pelindungan kepada seorang dewasa, atau seorang kanak-kanak turut masuk bersama dengan dipeluk orang dewasa.
Bunker itu berfungsi sebagai tempat perlindungan serta merta kepada orang awam yang berada berhampiran kawasan berkenaan apabila siren amaran serangan udara berbunyi.
Mereka tidak sempat untuk bergerak jauh mencari perlindungan yang lebih selesa atau luas. Maka, bunker kecil itu dijadikan tempat perlindungan daripada serangan udara.
Penutup tebal dipegang rapat, bersedia untuk ditutup sekelip mata apabila bom mula menghujani langit Maknanya, penutup itu tidak terus ditutup apabila masuk ke dalam bunker itu kerana terlalu sempit dan kurang pengudaraan.
Bukan mudah hidup dalam ketika peperangan. Namun, rakyat Vietnam menunjukkan satu perkara yang luar biasa iaitu ketabahan. Mereka terus menjalani kehidupan seharian di antara ketakutan dan harapan.
No comments:
Post a Comment