Losong Pasir River Cruise menyediakan perkhidmatan bot
persiaran di Sungai Terengganu, khususnya di bahagian muara yang menyediakan
pemandangan indah Jambatan Angkat Terenganu, bandar Kuala Terengganu, Taman
Tamadun Islam, Pulau Duyong dan keindahan tebing kiri kanan sungai.
Jeti yang terletak di Lot 1175, Persiaran Abdul Rahman
Limbong, Kampung Losong Dato Amar, Kuala Terengganu, Terengganu bukan sahaja
untuk menaiki bot, tetapi juga terdapat restoran yang menyediakan pelbagai
sarapan pagi dan tengah hari.
Jeti yang dibina adalah paling panjang dari daratan melalui
paya nipah sehingga ke pelantar jeti.
Pengunjung berpelung menikmati pemandangan tepian sungai
yang dipenuhi pokok nipah dan suasana damai lagi indah. Boleh beristirahat di kawasan disediakan di tengah hutan pokok nipah.



No comments:
Post a Comment