Islam
menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Sama ada cara termenung
menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit,
menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.
Mati
itu pasti. Namun Allah tidak menetapkan usia mati. Usia muda dan tubuh badan
yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua. Mati
tidak mengenal usia.
Mengingati
mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati. Bercita-cita
hendak mati kerana putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat
seorang Islam mukmin.
Perbuatan
bercita-cita hendak mati disebabkan sedemikian ditegah oleh syarak (haram)
kerana sikap sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
Adapun
memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada
jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar.
Contohnya,
berdoa bermaksud : "Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu
memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi
kebaikan kepadaku"
Adapun,
tujuan mengingati kematian merupakan cara terbaik menghisab diri tentang apa yang
telah dilakukan sepanjang tempoh hidup ini. Adakah kebaikan lebih banyak
dilakukan, ataupun kejahatan memenuhi kehidupan.
Dengan
mengingati kematian menjadi ‘pengawas’ kepada diri daripada melakukan
kejahatan. Mengingati kematian bermakna kita menyedari tujuan hidup
sebenarnya dan ke mana destinasi berikut akan ditujui.
Sesungguhnya
manusia dicipta untuk memakmurkan dunia dengan menyembah dan beribadat kepada
Allah.
Firman
Allah bermaksud: “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka
menyembah dan beribadat kepada-Ku.” - (Surah adz-Dzariyat, ayat 56).
Kita
tidak tahu sampai bila Allah SWT memberikan kita kesempatan untuk hidup di
dunia ini. Mungkin setahun lagi, sebulan lagi, atau mungkin esok hari
bahkan mungkin setelah membaca tulisan ini.
Hanya
Allah yang mengatur dan mengetahuinya. Tugas kita hanya mempersiapkan kembali
apa-apa yang perlu kita bawa dan yang boleh menyelamatkan kita pada hari esok,
hari pembalasan segala amal yang telah kita perbuat selama di dunia ini.
Jikalah
amal kebaikan kita lebih berat dari keburukan, niscaya surge tempat kita
kembali. Dan begitu juga sebaliknya jika amal keburukan lebih berat
timbangannya, Jahannam telah disediakan bagi mereka yang kufur atas segala
nikmat-nikmatNYA.
Betapa
hinanya apabila saat dijemput Allah SWT, kita dalam keadaan melakukan maksiat
atau sedang berseronok hingga lupa tanggungjawab diri sebagai seorang hamba.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi
panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan
sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi
digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerosahan.” (Riwayat Ahmad)
Manusia
yang sering mengingati mati menyedari Allah SWT sentiasa mengawasi setiap
tindakan yang dilakukannya.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut
yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu, kemudian
kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang
nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta
membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)
No comments:
Post a Comment