Sistem telaga tiub (tube well) merupakan
satu cara atau sistem yang digunakan untuk mendapatkan air dari dalam tanah
dengan menggunakan paip PVC yang ditanam ke dalam tanah. Ia menjadi pilihan, selain menggunakan telaga tradisi, air sungai dan air tasik.
Telaga tiub merupakan sumber air
alternatif yang diambil airnya dari ke dalaman tanah lebih 20 meter atau beratus
meter di bawah permukaan bumi.
Ada telaga tiub yang sangat berjaya dan ada
yang kurang berjaya bergantung kepada sumber air di dalam tanah. Ada telaga
tiub yang digerudi menghasilkan air yang berkekalan dan kualiti air yang
bersih.
Sebaliknya, ada yang mengeluarkan air hanya
dalam kuantiti yang sedikit. Terdapat juga telaga tiub yang mempunyai banyak
air, tetapi airnya berbau atau keruh yang tidak sesuai untuk digunakan,
khususnya untuk kegunaan di rumah atau domestik.
Kedalaman telaga yang diperlukan bergantung
pada kedalaman lapisan simpanan atau laluan air dalam tanah. Biasanya tiub atau
selongsong telaga tiub ini boleh menggunakan besi atau PVC yang tahan lama.
Air yang masuk ke dalam tiub ini akan
sentiasa merembes dari sekelilingnya di mana dalam beberapa kes tertentu ia
juga mengandungi zarah pasir atau kelodak yang mana ia boleh menyebabkan cepat
pam cepat rosak (akibat haus bergeser dengan pasir pada injapnya). Penting juga
dipasang penapis sesuai untuk menghalang pasir dan kelodak.
Jumlah air yang boleh dipam naik bergantung
kepada “takungan” air di dalam tanah. Terdapat takungan air atau laluan air
bawah tanah yang kadangkala cetek berdekatan dengan permukaan tanah dan ada
yang berada jauh kedalam tanah.
Telaga tiub juga dipanggil sebagai 'air boring'
atau “telaga borint”. Boring itu berasal dari perkataan 'menggali'
atau 'bore' tanah sehingga menjumpai air bawah tanah yang dicari.
Bukan semua kawasan adalah sesuai untuk
digali kerana di sesetengah tempat, airnya akan berbau busuk dan berwarna merah
disebabkan mengandungi toksik logam atau air asidik yang tidak sesuai bagi
digunakan sebagai air minuman atau pun air untuk tanaman.
Selain itu juga sebaiknya kawasan yang
berhampiran dengan sistem kumbahan seperti tangki kumbahan adalah tidak sesuai
digali kerana air kumbahan mungkin akan diserap masuk ke dalam air bawah tanah
itu dan tercemar air bawah tanah kawasan tersebut.
Tambahan pula, kawasan yang terdapat air
paya, sawah padi, kawasan tanah gambut dan berhampiran laut juga tidak sesuai
untuk digali telaga tiub.
Tempat yang sesuai adalah di kawasan tanah
liat dan di bawahnya terdapat lapisan pasir yang bertindak sebagai penapis
semula jadi sebelum air tersebut disedut ke permukaan bumi.
No comments:
Post a Comment