Friday 22 October 2021

BUNGA RUMPUT MATA LALAT HERBA TENAGA WANITA

 
Untuk kesihatan tenaga wanita, ambil bahagian bunga rumput mata lalat dan dimakan terus. Amalkan dua atau tiga kuntum bunga setiap hari. 

Rumput kepala lalat atau rumput mata lalat adalah herba yang baik untuk kesihatan dan tenaga lelaki mahupun wanita.

Rumput kepala lalat juga dikenali dengan nama rumput helikoptor. Dinamakan rumput helikopter kerana bahagian atas seperti bilah kipas helikopter.

Rumput kepala lalat tumbuh meliar di kebanyakan kawasan. Ia mudah ditemukan di kawasan tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau tempat lapang yang terbiar. Ia tumbuh dalam bentuk serumpun. 

Disebabkan ia banyak tumbuh di sekeliling rumah, ia dianggap rumpai atau tumbuh-tumbuhan yang tidak berguna. Perlu dimesin atau diracun untuk menghapuskannya.  

Untuk kesihatan tenaga lelaki, ambil keseluruhan pokok dengan mencabutnya, termasuk bahagian akar. Basuh sehingga betul-betul bersih terutama bahagian akar yang ada tanah melekat. 

Kemudian kesemua bahagian pokok kepala lalat itu direbus sehingga airnya tinggal separuh atau telah bertukar menjadi perang seakan warna air teh dan bahagian yang direbus telah layu.

Banyak air yang diperlukan untuk merebus ialah ukuran tiga kali ganda jumlah bahan yang direbus. 

Tapis air rebusan itu dan sejukkan. Rasanya sedikit kelat dan 'selesa' diminum. Minum air rebusannya sebagai amalan harian.

Amalan minum air rebusan rumput kepala lalat juga untuk kekuatan fizikal dan mengelak dari terkena penyakit. Amat sesuai untuk mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga seperti buruh kasar. Juga sesuai untuk bantu masalah sistem penghadaman.

Gunakan sumber alam yang ada di sekeliling kita. Hanya perlukan sedikit usaha dan amalkan secara berterusakan untuk kesan yang baik. 


No comments:

Post a Comment