Saturday 11 December 2021

PERKARA 3 KEDUDUKAN AGAMA ISLAM

 
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Turut dijelaskan tentang kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Raja sebagai ketua agama Islam. 

Kewujudan Perkara 3 adalah kuasa paling tinggi yang memberi hak kepada kedudukan istimewa Islam di Malaysia. Sesungguhnya, Perkara 3 bukan saja membawa kepada pengiktirafan, tetapi juga kepada hak keitimewaan yang lahir hasil kedudukan atau taraf sebagai agama Persekutuan. 

Antara perkara penting ialah bagaimana urusan atau amalan berkaitan agama Islam boleh dijadikan acara-acara atau peraturan dalam pentadbiran negara. 

Contohnya, amalan membaca doa dalam majlis rasmi kerajaan, program keagamaan di televisyan, program bercorak keagamaan sempena sesuatu perayaan atau peristiwa berkaitan Islam seperti sambutan Malidulrasul dan sebagainya.  

Semua itu tidak mungki dapat dilakukan secara rasmi dan acara kerajaan jika Islam tidak diiktirf sebagai agama Persekutuan.

Begitu juga berkaitan agensi dan perjawatan yang mempunyai kepentingan dengan agama Islam dibiayai oleh kerajaan Pusat mahupun Negeri. Urusan pentadibiran agama Islam ditanggung oleh kerajaan dan pegawai berkaitan agensi agama juga turut ditanggung oleh kerajaan. 

Begitu juga dengan pendidikan Islam, juga diuruskan dan ditanggung oleh kerajaan. Jelas sekali amat penting dan bermakna apabila wujud Perkara 3 yang meletakkan Islam agama Persekutuan.

Gambar: Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut, Terengganu.

No comments:

Post a Comment