Saturday 4 December 2021

CARA MUDAH MELAKUKAN RIADAH

 
Satu cara mudah beriadah ialah berjalan kaki. Berdasarkan kajian, berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari dapat membantu mengekalkan kesihatan badan yang melayakkan seseorang dianggap sebagai seorang yang aktif dan sihat dari segi fizikal.

Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan kempen 10,000 Langkah Sehari.

Berjalan 10,000 langkah adalah bersamaan dengan berjalan kaki anggaran sejauh 6 kilometer sehari. Berjalan dengan langkah 10 000 sama seperti berenang selama 90 minit, berbasikal selama 70 minit, bermain bola sepak selama 90 minit.

Walaupun jumlahnya agak besar, tetapi tidak bermakna 10,000 langkah berjalan kaki itu perlu dilakukan secara berterusan untuk menggenapkan bilangan 10,000 langkah itu.  

Maksud 10,000 langkah ialah jumlah langkah berjalan kaki yang dilakukan dalam tempoh sehari. Tidak kiralah berjalan di dalam rumah, pergi ke sekolah, ketika melakukan tugasan seharian dan sebagainya.

Oleh sebab itu, setiap orang perlu mengurangkan penggunaan kemudahan seperti kereta dan motosikal untuk perjalanan ke tempat yang dekat.

Selain itu kurangkan penggunan lif dan tangga bergerak jika berurusan di tempat yang menyediakan kemudahan tersebut. 

Golongan muda perlu mengambil kesempatan untuk menjaga kesihatan sebelum masuk usia tua yang biasanya mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Penyakit pada usia tua sebenarnya banyak berpunca tidak menjaga kesihatan ketika usia muda yang menunjukkan tanda-tandanya apabila usia meningkat tua.

No comments:

Post a Comment