Thursday 25 August 2022

KEHIDUPAN MASYARAKAT DI TUMPAT HARMONI

 
Jajahan Tumpat (daerah) disenaraikan antara daerah paling miskin di Malaysia. Namun, Tumpat mempunyai keistimewaan tersendiri apabila rakyatnya hidup dengan penuh harmoni dan saling menghormati biarpun berlainan agama dan kaum.

Di Tumpat paling banyak masyarakat berketurunan Siam di Kelantan. Terdapat juga kaum Cina, kaum peribumi Sarawak dan India. Majoriti penduduknya Melayu sepertimana daerah lain seluruh Kelantan.

Kepelbagaian kaum tidak menghalang penduduk hidup dengan aman dan damai. Di Tumpat terdapat lebih 10 buah wat yang dianggap besar dan luas kawasannya. Amalan atau aktiviti agama Buddha dapat dilakukan dengan aman dan bebas tanpa provokasi dari mana-mana pihak.

Pemimpin dan aktivis kemasyarakatan melaksanakan tugas membantu golongan yang memerlukan bantuan tanpa membeza-bezakan kaum dan agama. Sesiapa yang difikirkan layak menerima bantuan, maka bantuan diserahkan kepada mereka.

Mereka yakin, setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat pembalasan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Antara ramuan atau punca terjalinnya hubungan mesra dan saling menghormati penduduk berbilang kaum di Tumpat ialah melalui bahasa percakapan menggunakan dialek Kelantan.

Gambar dari FB Beng Khieu.

No comments:

Post a Comment