Monday 15 August 2022

RESIPI PUTU HALBA KELANTAN

 
Putu halba jadi sebutan apabila masuk musim hujan. Namun, tidak pula bermaksud ia tidak boleh disediakan pada masa lain. Apa yang penting ada bahan dan keinginan untuk membuat putu halba.

Resipi putu halba Kelantan:

Bahan asasnya ialah ubi kayu.
- Kuantiti ubi kayu bergantung kepada banyak mana hendak hasilkan putu halba.
- Ubi kayu yang telah dikopek kulit luarnya hendaklah diparut atau dimesin.
- Ubi kayu yang telah diparut itu hendaklah diperah agar kering (lembab yang gebu)
- (untuk mudah, sekarang terdapat debu atau tepung ubi kayu dijual di pasaran)
- Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba secukup rasa. 
- Masukkan sedikit garam.

Peralatan memasak. Bab ni memang sedikit rumit kerana kebanyakan orang tidak memiliki. Ia lebih kepada kreativiti untuk menggunakan kelengkapan yang ada. Namun, bagi mereka yang melakukan untuk berniaga, ada peralatan khas terdapat di pasaran.

Untuk yang ingin mencuba di rumah, boleh menggunakan periuk biasa dan jaring atau kukusan untuk diganti sebagai penutup.

Untuk memasak
- Tepung ubi kayu dimasuk ke dalam piring kecil (acuan)
- Guna tutup teko basuh tangan pun boleh. Ada yang guna acuan kuih dan gelas. Inilah dikatakan kreativiti.
-.Letakkan sedikit gula melaka (nise) yang telah dipotong kecil.  Boleh juga gunakan guna.
- Taburkan sedikit ubi kayu di atas nise supaya tertutup dan tekan sedikit supaya mampat
- Letakkan kain kasa (maslin) di atas piring ubi. Kain lain pun boleh digunakan seperti sapu tangan atau tuala kecil.
- Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain.
- Angkat dan isikan ke dalam pengukus.(anda boleh lakukan apa peralatan atau cara yang sesuai, asalkan putu yang hendak dimasakkan itu dapat diletakkan ke dalam atau di atas pengukus. 
- Putu halba masak apabila semua telah melekit mengikut bentuk - tentu anda kenal yang masak dengan belum. 

Putu halba sedap dimakan ketika panas. Ia dicicah dengan kelapa parut. Kalau sudah sejuk, maka kurang sedap dimakan sebab sudah liat sedikit dan aroma bau serta rasanya berkurangan.

No comments:

Post a Comment