Tuesday 29 August 2023

TAR UMT ABADIKAN NAMA BAPA KEMERDEKAAN

 
Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) merupakan institusi pengajian tinggi swasta diasakan oleh MCA. Biarpun diasaskan oleh MCA, namanya mengabadikan nama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.  
 
Semasa mengasaskan TAR UMT, MCA berpegang kepada prinsip meraikan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
 
Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti melakukan yang terbaik untuk melindungi keamanan di Malaysia yang berbilang budaya.
 
Kita mungkin berbeza latar belakang agama dan budaya, namun kita semua hidup bersama di negara tercinta ini dalam suasana harmoni.
 
Sejarah TAR UMT ditubuhkan sebagai Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR College) pada tahun 1969 dan seterusnya Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) pada tahun 2013. Nama TAR UMT diguna pakai berikutan dinaik taraf kepada status universiti pada tahun 2022.
 
Selama lebih dari lima dekad, falsafah “Beyond Education” bertujuan untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang bukan hanya tertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran akademik semata-mata.
 
Kampus utama TAR UMT terletak secara strategik di ibu kota Kuala Lumpur. Selain itu terdapat juga kampus cawangan di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah. Kampus induk dan cawangan dilengkap dengan infrastruktur dan kemudahan terkini untuk pembelajaran dan pengajaran.
 
Program yang ditawarkan terdiri peringkat asasi, diploma, sarjana muda dan pascasiswazah yang diiktiraf secara meluas oleh ahli akademik dan industri.
 
Sebanyak lebih 200 program ditawarkan yang meliputi pelbagai disiplin dari perakaunan, kewangan, perniagaan, ekonomi kepada kejuruteraan, persekitaran binaan, sains gunaan, ICT serta komunikasi massa, seni kreatif, sains sosial, dan pengurusan hospitaliti.
 
Jumlah alumni TAR UMT kini hampir 300,000 di mana banyak graduannya telah menempa nama di dunia sebagai peneraju industri, usahawan yang berjaya, dan pemimpin negara.
 
Pada masa sekarang, TAR UMT mempunyai jumlah pelajar hampir 29,000 termasuk pelajar antarabangsa dari lebih 20 buah negara.
 
TAR UMT telah dianugerahkan pelbagai anugerah dan pengiktirafan akademik seperti status Premier Digital Tech Institution oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada tahun 2017, 2019 dan 2021 dan penarafan SETARA 5-Bintang (kategori Kolej Universiti) bagi tahun 2018/2019.

No comments:

Post a Comment