Monday 18 March 2024

AYAM BAKAR TIDAK MASAK SEPENUHNYA

 
Banyak kes berlaku ayam bakar yang dibeli tidak masak sepenuhnya. Penjual kena jujur dan tertanggungjawab. Jika ketika memotong ayam seperti dikehendaki pembeli, pastikan ayam bakar telah betul-betul masak. Ia dapat dilihat dengan jelas jika belum masak sepenuhnya.
 
Pembeli pula bolehlah perhatikan atau lihat sendiri sama ada ayam bakar itu betul-betul telah masak atau sebaliknya. Boleh lihat ketika ayam bakar itu dipotong dan sebelum dibungkus.
 
Mengapa berlaku ayam bakar tidak masak sepenuhnya?
- Ayam Bakar dibakar dekat dengan api menyebabkan ia hanya masak di bahagian luar sahaja.
- Bila masak mengejut, tak boleh tunggu lama lagi melainkan angkat segera.
- Kebiasaannya bila dibakar dekat, ia akan membakar semua perapan dan menyebabkan isi rasa tawar.
- Minyak dan air dalam badan ayam tidak sempat keluar kerana kecepatan api menghanguskan ayam.
 
Sebab itu ketika membeli, perhatikan sama ada api atau bara api yang digunakan untuk membakar itu dalam keadaan besar atau sekadar panas membara.
 
Penjual yang mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan akan membakar atau memanggang dalam tempoh masa yang lama dengan keadaan api membara. Prosesnya mengambil masa yang lama iaitu kira-kira dua jam. Ayam 100 peratus masak dan perapan masih lagi melekat pada ayam.

Ayam yang dibakar sempurna dalam keadaan tidak hangit, tetapi bahagian isi sudah dalam keadaan kering dan masak sepenuhnya. 


No comments:

Post a Comment