Thursday 6 June 2024

TEMBIKAI SEBABKAN MASALAH ASMA

 
Tembikai sering dikaitkan dengan masalah asma. Biarpun mengikut ilmu perubatan moden, tembikai tidak ada kaitan dengan asma atau menyebabkan pesakit asma mengalami masalah lebih teruk, tetapi dalam ilmu perubatan komplimentari, tembikai dianggap “makanan sejuk” yang boleh menyebabkan asma. Keadaan ini sebenarnya bergantung kepada keadaan diri masing-masing.

Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.
 
Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.
 
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.
 
Pun begitu, makan tembikai biar berpada-pada. Jangan berlebih-lebihan kerana setiap yang ada kebaikan tentu ada buruknya jika diambil secara berlebih-lebihan. Ingatan itu terutama kepada mereka yang ada masalah kesihatan.
 

No comments:

Post a Comment