Wednesday 19 June 2024

KHIDMAT KOMUNITI PEMOTONGAN DAHAN POKOK

 
Yayasan Mahsari Group dengan kerjasama bersama Mahsari Machinery Sdn Bhd telah menjalankan satu khidmat komuniti bersama jemaah surau di Banggol Jenerih, Tanah Merah, Kelantan. 

Khidmat komuniti itu adalah pemotongan dahan pokok yang mengganggu perjalanan dan mendatangkan bahaya sekiranya dahan tidak dipotong kepada jemaah yang ingin ke surau dan penduduk sekitar kawasan tersebut.
 
Pemotongan dahan pokok bertujuan memberikan keselesaan dan pembersihan kawasan kampung. Semoga usaha ini akan mendatangkan banyak manfaat kepada semua penduduk sekitar.
 
Terima kasih Team Machinery yang menghulurkan bantuan dalam penggunaan jentera, mesin pemotongan dan tenaga kerja yang diberikan hari ini.
 
Semangat gotong-royong diharapkan dapat mewujudkan perasaan kerjasama dan perasaan kekitaan di kalangan penduduk untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan bersama.  


Gambar - Yayasan Mahasari Group

No comments:

Post a Comment