Saturday, 18 January 2025

MERAH SANGAT MAK NGAH

 
Pada sekitar tahun 1980-an, terdapat satu istilah popular “merah sangat la mak ngah, macam zaman dulu”. Ungkapan itu adalah sedutan daripada sebuah iklan popular yang digunakan untuk mempromosi tabung pertama ASNB, iaitu Amanah Saham Nasional (ASN). 

Namun, bagi Wanita UMNO, warna merah dan putih menjadi kebanggan yang dipadan sebagai “uniform” iaitu baju berwarna putih dan kain sarung serta kain tudung pula berwarna merah.
 
Kedua-dua warna itu adalah warna latar belakang bendera UMNO. Merah bererti keberanian, manakala putih pula bermaksud kesucian dan keikhlasan.
 
Bagaimanapun, pada masa terterntu ada juga ahli Wanita UMNO berpakaian keseluruhan berwarna merah meliputi tudung, baju dan kain sarung yang menjadikan “lautan” merah ketika program diadakan.
 
Tambah-tambah lagi jika ahli lelaki juga memakai baju berwarna merah, memang nampak jelas “merahnya”.



No comments:

Post a Comment