Saturday, 8 March 2025

HAWA KELANTAN ANJUR SOLAT TASBIH PERDANA

 
Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Kelantan banyak melakukan aktiviti keagamaan sempena Ramadan tahun ini. HAWA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai isu dan agenda wanita di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Sempena Ramadan 1446 H, HAWA telah menganjurkan program Solat Tasbih Perdana dan Tazkirah Ramadan bertempat di Masjid Ar Rahman, Kampung Kubang Batang, Tumpat.

Tazkiran disampaikan Datuk Nik Nooraini, penceramah bebas yang juga ibu kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki bertajuk Andai Ini Ramadan Yang Terakhir.

Kira-kira 1,000 orang hadir mendengar tazkirah dan soleh tasbih tersebut yang berlangsung hampir tiga jam.

Tahniah kepada penganjur dan semua yang menjayakan program yang diberkati ini. 

Sesungguhnya kedatangan Ramadan perlu disambut dengan rasa gembira kerana sepanjang bulan tersebut bukan sahaja diwajibkan berpuasa, tetapi satu bulan yang penuh dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Jadi, amat rugi sesiapa yang mempersia-siakan kedatangan Ramadan dan menganggap kedatangannya hanya seperti bulan-bulan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah SWT menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Hendaklah kita memperbanyakkan amal kebajikan sepanjang bulan Ramadan, seperti menyediakan hidangan atau juadah berbuka puasa.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu. (Hadis riwayat Tirmizi)

 

No comments:

Post a Comment