Apabila ada berita tentang ada menteri “ceroboh”
dan membuat “kecoh” di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) kerana didakwa bertindak tidak mengikut saluran sepatutnya untuk membebaskan
pelancong dari China yang ditahan pihak Jabatan Imigresen, lalu berita itu ditularkan
dengan harapan akan memberi imej buruk kepada menteri berkenaan yang dilihat membela
pelancong dari China itu.
Rakyat memang amat sensitif dengan isu
pelancong dari China yang dilihat banyak yang datang dan kemudiannya tiada
rekod keluar biarpun telah melepasi tempoh masa yang sepatutnya.
Isu pelancong China memang sering menjadi
polimik. Kehadiran mereka sering dicurigai biarpun membawa manfaat dari segi
industri pelancongan.
Kembali kepada isu menteri buat kecoh itu, Menteri
Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing mengakui dirinya menteri
yang dimaksudkan dalam kekecohan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Bagaimanapun, kata Tiong kehadirannya di
sana telah mendedahkan rasuah di kalangan pegawai di lapangan terbang.
Ting bersyukur kerana kehadirannya telah
membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah
yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di
pintu masuk negara.
Beliau menjelaskan pada mulanya tidak mahu
mendedahkan isu tersebut kerana sedang bertindak mengikut saluran serta platform
yang lebih praktikal. Namun disebabkan isu ini tular dan ramai pengamal media
menghubunginya, maka beliau membuat penjelasan tentang kejadian tersebut,
termasuk soal budaya rasuah di pintu masuk negara.
Tiong menafikan dakwaan yang menuduhnya
melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh pihak imigresen.
Menurutnya, warga China yang dibelanya
sebenarnya ditahan tanpa diberi alasan atas sebab-sebab penahanannya.
Katanya, masalah timbul apabila kedua-dua,
pihak pegawai imigresen dan pelancong asing tersebut mempunyai masalah
komunikasi.
Katanya lagi, dimaklumkan bahawa pelancong
tersebut telah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua
pihak mengagalkan pihak imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan dari
pihaknya.
Tiong berkata dia masih waras dan tahu
batas-batas sebagai seorang menteri. Beliau menyebut apa guna sebagai menteri
sekiranya tidak memberi tumpuan serius terhadap kepentingan negara, tambahan
pula ia menjejaskan imej negara dan menakut-nakutkan pelancong asing.
Kata Tiong, dia akan menyerahkan semua maklumat
berkaitan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat
memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara.
Menurutnya, dia turut diberitahu bahawa ada
pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang
ditahan mahu dilepaskan. Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari
tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal. Tambahan RM3,000 pula
diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan
khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.
Tindakan menular asalnya bertujuan untuk
mencalar imej menteri, sebaliknya perkara lain pula yang timbul yang semestinya
(jika apa dikatakan oleh menteri itu betul) mencemarkan imej pejawat awam yang
rata-ratanya Melayu.
No comments:
Post a Comment