Thursday 20 May 2021

SAYANGI KELUARGA, COVID 19 MEMBAWA MAUT

Golongan tua yang mempunyai penyakit kronik seperti masalah kencing manis, kegagalan fungsi buah pinggang dan lelah dikenalpasti mudah menerima kasan buruk virus Covid-19 sehingga boleh membawa maut.

Golongan ini biasanya tidak bergerak ke sana dan ke sini. Mereka kebanyakannya tingga di rumah kerana masalah kesihatan. Bahkan ada yang sudah bertahun-tahun tidak keluar rumah.

Malangnya, mereka juga antara mangsa Covid-19. Jadi, siapakah punca mereka dijangkiti jika tidak keluar rumah?

Jawabnya mudah. Virus itu dibawah oleh ahli keluarga mereka sendiri yang keluar dari rumah kerana urusan tertentu dan kemudian mendapat jangkitan dari individu lain sebelum membawanya kepada ahli keluarga termasuk ibu bapa yang telah uzur.

Patuhilah SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM kerana ianya dapat mengawal penularan pandemik Covid 19. Sayangilah ahli keluarga anda dengan mengambil pendekatan duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Waspada, jangan jadi pembawa virus maut dengan memberi risiko kesihatan kepada ahli keluarga sendiri.

Adakah anda tiada punya perasaan bersalah bila ada di kalangan ahli keluarga anda dijangkiti wabak disebabkan sikap anda yang degil dan sambil lewa dengan penyakit ini.

Sampai hatikah anda melihat ibu bapa anda yang sudah tua dan uzur dibawa menaiki ambulan KKM untuk dibawa ke pusat kuarantin yang mana itulah mungkin perjalanan terakhir buat mereka.

Besar sungguh risiko dan kekangan wabak ini. Yang pasti jika perkara ini berlaku, anda sebagai anak dan ahli keluarga sudah pasti tidak mempunyai peluang untuk melihat dan mendengar suara mereka andai kata mereka diwadkan di ICU.

Malahan sekiranya ditakdirkan itulah perjalanan terakhir buat mereka, anda hanya mampu melihat dari video telefon bimbit anda atau dari jauh dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk membalas jasa baik mereka.

Bayangkan bila situasi kesihatan mereka menjadi kritikal dan hanya mampu meneruskan sisa kehidupan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menyambung nyawa.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jagalah ahli keluarga anda dengan mematuhi SOP saranan yang dikeluarkan KKM. 

Ingat! Jangan jadi pembunuh kepada ahli keluarga sendiri, sayangilah orang tersayang sekeliling anda.

Kerajaan tetapkan SOP untuk selamatkan rakyat Malaysia. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berulang-ulang kali mengingatkan agar rakyat patuh SOP untuk keselamat semua. 

Malang sekali perkara itu tidak dipedulikan, bahkan Ismail Sabri pula dipersalahkan dan menjadi tempat rakyat melepaskan kemarahan kerana mengumumkan SOP yang tidak menyebelahi kehendak mereka.

No comments:

Post a Comment