Tuesday 28 September 2021

CARA MENGGUNA PERANGKAP TIKUS LEBIH BERKESAN

 
Cara halau atau menghapuskan tikus secara tradisional dengan perangkap masih berkesan sampai sekarang. Banyak jenis perangkap yang ada di pasaran.

Antara yang paling popular ialah seperti di dalam gambar.

Dengan menyangkut umpan seperti ikan kering, roti, kacang dan makanan digemari tikus, penutup perangkap akan tertutup secara serta merta apabila umpan digerakkan yang akan melucutkan sangkut penutup perangkap yang ditarik oleh spring.

Tikus yang ditangkap perlu dimatikan dengan cara direndam di dalam air bersama-sama perangkap.

Perangkap itu boleh digunakan secara berulang kali selagi ia dapat berfungsi.

Namun, dalam keadaan tertentu, khususnya apabila tikus tidak lagi memasuki perangkap itu, maka penggunaan perangkap itu perlu dihentikan untuk beberapa tempoh masa.

Ini kerana tikus dikatakan tidak akan masuk perangkap itu disebabkan sudah ada ‘bau’ yang terlekat pada perangkap itu.

Maka, untuk menghilangkan bau tersebut, penggunaan perangkap tersebut perlu dihentikan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Kalau hendak cepat boleh digunakan kembali, perangkap itu perlu dilayurkan dengan api atau dibersihkan dengan pencuci.

Kemudian, perangkap itu boleh digunakan seperti sebelumnya.

No comments:

Post a Comment