Monday 4 October 2021

CARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi.

Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.

Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah.

Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan.

Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan.

Kaedah ini digunakan apabila;
- Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan.
- Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks.
- Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya.
- Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.

No comments:

Post a Comment