Friday 8 October 2021

JANGAN KECEWA TERLEPAS SESUATU

Jangan kecewa jika sesekali kita terlepas sesuatu yang kita tidak sangka akan terlepas kerana ada banyak keadaan kita mendapat sesuatu yang kita sendiri tidak pernah sangka akan mendapatnya.

Sekalipun kita selalu terlepas pelbagai peluang, jangan sesekali anggap diri bernasib malang kerana kelak Allah mungkin akan memberikan ganjaran atas kesabaran itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah SWT andai melihat melihat mereka yang engkar dan derhaka beroleh nikmat dunia kerana itu mungkin istidraj buat mereka yang tidak mampu untuk kita fahami.

Sesungguhnya itu urusan Allah, bukan urusan kita. Cukup untuk kita hadapi keadaan seperti itu sebagai ujian untuk kita agar jangan berputus asa atau berasa kecewa melainkan perbanyakkan sabar dan bersangka baik kepada Allah.

Sedarlah diri bahawa dalam hidup ini, walaupun teramat sedikit kita mengingati Allah, melaksanakan suruhanNya, Allah sentiasa memberi terlalu banyak nikmat untuk kita.

Itu juga adalah ujian yang nyata buat diri kita. Beristighfarlah untuk kesilapan masa lalu. Bersyukurlah untuk nikmat hari ini. Dan katakanlah Insyaallah untuk masa akan datang.

Gambar wakaf di Jeti Pulau Seratus sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment