Wednesday 31 May 2023

SENI SILAT SEBAGAI WARISAN BANGSA

 
Silat adalah suatu seni bela diri diamalkan penduduk di Asia Tenggara.Silat diamalkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Terdapat dua versi silat iaitu silat Melayu dan pencak silat.
 
Silat Melayu atau hanya dipanggil silat adalah istilah seni mempertahankan diri yang digunakan di alam Melayu. Manakala pencak silat adalah istilah seni mempertahanan diri dari Pulau Jawa. Silat Melayu mahupun pencak silat telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya milik Indonesia dan Malaysia.
 
Justeru, seni silat mempertahankan diri mesti sentiasa dipelihara agar tidak ditelan arus kemodenan.
 
Generasi baharu perlu kenal dan memahami erti seni silat yang sangat relevan dengan pembangunan kekuatan fizikal, emosi dan spiritual masyarakat Melayu.
 
Usaha terus mewarisi pusaka leluhur dengan berusaha mempelajari seni silat sebagai satu mekanisma pertahanan diri untuk membendung pengaruh negatif dari ancaman sosial masa kini.
 
Biarpun, silat bukan lagi satu kemahiran untuk berperang, ia adalah satu kemahiran yang wajar dipelajari untuk berdepan dengan keadaan yang tidak diduga seperti serangan individu tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
 
Silat juga satu bentuk latihan ketahanan fizikal dan mental yang mempunyai tujuan dan manfaat sama dengan aktiviti sukan dan riadah lain.

No comments:

Post a Comment