Wednesday 12 July 2023

UMNO PERTAHAN PRINSIP PERJUANGAN

 
Kenyataan pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak akan sekali-kali akan bekerjsama dengan DAP, Anwar, Bersatu dan PKR sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih lagi digunakan oleh musuh politik mempertikaikan apa yang sedang berlaku sekarang iaitu UMNO kini bekerjasama dengan DAP, Anwar dan PKR dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.
 
Memang betul dan sejarah mencatatkan kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak akan bekerjsama dengan DAP. Tentu semua orang yang mengikuti perjalanan politik negara tidak lupa gambar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melafazkan slogan membawa parti yang beliau ketuai menempuh PRU-15 berbunyi “NO ANWAR, NO DAP, NO PKR, NO PPBM”.
 
Maka, berdasarkan perkara itu banyak yang mempertikaikan mengapa pula selepas PRU-15 Zahid mengubah ikrar dan keputusan kepimpinan tertinggi UMNO?
 
Perkara ini tidak sukar untuk dirungkai jika buka hati dan minda dengan jujur. Slogan “NO ANWAR, NO DAP, NO PKR, NO PPBM” ditetapkan untuk menghadapi PRU-15.
 
Slogan itu telah dilaksanakan atau dipatuhi kerana pada PRU-15 dahulu tiada sebarang bentuk kerjasama UMNO dengan Anwar, dengan DAP, dengan PKR dan dengan PPBM. Perkara ini jelas apabila UMNO (BN) bergerak solo menempuh PRU-15.
 
Kerjasama UMNO dan DAP berlaku selepas PRU-15. Slogan “NO ANWAR, NO DAP, NO PKR, NO PPBM” ditetapkan untuk menghadapi PRU-15. Jadi, apabila selepas PRU-15, ia terbuka untuk dikaji semula mengikut keadaan semasa.

Keputusan PRU-15 mencatatkan sejarah apabila tiada parti mahupun gabungan parti berdaftar dapat membentuk kerajaan. Berlaku ‘tipu muslihat’ perebutan antara bakal kerajaan PN atau kerajaan PH yang tiba tiba ditentukan oleh UMNO.
 
Kemelut kerajaan tergantung tanpa dapat dibentuk kerajaan baharu membawa kepada titah Yang DiPertuan Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan.
 
Di sini peranan Ahmad Zahid penentu kepada penyelesaian kemelut. Tindakan beliau itu membangkitkan sedikit ‘kegemparan’ di kalangan pemimpin UMNO dan membawa kepada akar umbi apabila menerima kerjasama dengan Anwar, DAP dan PKR serentak yang sebelum ini dizahirkan sebagai musuh utama politik. Tiada bersama dalam senarai adalah PPBM.
 
Cuba bayangkan tanpa keputusan UMNO untuk bersama DAP, Anwar dan PKR, status pembentukan Kabinet baharu akan tergantung. Apa akan berlaku dengan negara dan rakyat? Keputusan UMNO semata-mata untuk rakyat.
 
Memang, hubungan UMNO dan DAP boleh diibaratkan sebagai 'kahwin paksa'. Itu memang perkara biasa. Apabila masing-masing berlapang dada dan boleh menerima antara satu sama lain, “pasangan” kahwin paksa juga boleh bahagia.
 
Kerjasama yang wujud antara PH dan BN adalah atas nasihat Yang Di-pertuan Agong.
 
Dalam apa juga kerjasama termasuk dalam Kerajaan Perpaduan, parti-parti yang terlibat seboleh-bolehnya cuba untuk kukuhkan hubungan itu dan bekerja keras untuk memperkukuhkannya.

No comments:

Post a Comment