Monday 2 September 2024

LOJI RAWATAN AIR JELAWAT

 
Loji Rawatan Air (LRA) Jelawat, Bachok telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli bin Datuk Hassan pada 28 Ogos 2024.

LRA Jelawat yang berkapasiti 4 juta liter sehari (JLH) ini dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM5.9 juta.

Loji dikendalikan Air Kelantan Sendiri Berhad (AKSB) ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,700 akaun pengguna dengan menyediakan bekalan air terawat berkualiti, serta menyokong peningkatan jumlah pengguna sebanyak 4% setiap tahun.

Antara kawasan yang akan mendapat manfaat termasuk Bandar Baru Jelawat, Pekan Jelawat, serta beberapa kampung di sekitar.

No comments:

Post a Comment