Jajahan Tumpat (daerah) disenaraikan antara
daerah paling miskin di Malaysia. Namun, Tumpat mempunyai keistimewaan
tersendiri apabila rakyatnya hidup dengan penuh harmoni dan saling menghormati
biarpun berlainan agama dan kaum.
Di Tumpat paling banyak masyarakat berketurunan
Siam di Kelantan. Terdapat juga kaum Cina, kaum peribumi Sarawak dan India.
Majoriti penduduknya Melayu sepertimana daerah lain seluruh Kelantan.
Kepelbagaian kaum tidak menghalang penduduk
hidup dengan aman dan damai. Di Tumpat terdapat lebih 10 buah wat yang dianggap
besar dan luas kawasannya. Amalan atau aktiviti agama Buddha dapat dilakukan
dengan aman dan bebas tanpa provokasi dari mana-mana pihak.
Pemimpin dan aktivis kemasyarakatan
melaksanakan tugas membantu golongan yang memerlukan bantuan tanpa membeza-bezakan
kaum dan agama. Sesiapa yang difikirkan layak menerima bantuan, maka bantuan
diserahkan kepada mereka.
Mereka yakin, setiap kebaikan yang
dilakukan akan mendapat pembalasan mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Antara ramuan atau punca terjalinnya
hubungan mesra dan saling menghormati penduduk berbilang kaum di Tumpat ialah
melalui bahasa percakapan menggunakan dialek Kelantan.
Gambar dari FB Beng Khieu.
No comments:
Post a Comment