Jika
ditanya kepada rakyat, menteri mana paling popular dan komited kepada tugas,
pasti banyak yang menjawab Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
Menteri Kanan Keselamatan). Tugas sebagai Menteri Pertahanan digalas dengan
sebaik mungkin. Manakala tugas sebagai menteri bertanggungjawab sebagai
jurucakap berkaitan Covid-19 juga dilakukan dengan penuh bijaksakna.
Malang sekali, Ismail Sabri atau juga dikenali Tok Mail paling banyak menerima kecaman warga maya. Kecaman bukan kerana gagal melaksanakan tugas, tetapi apabila warga maya tidak berpuas hati dengan pengumuman dibuat Ismail Sabri yang tidak menyebelahi kehendak mereka.
Terkini, Ismail Sabri dikecam atau dicemuh kerana mengumumkan keputusan kerajaan tidak membenar Rentas Negeri pada musim perayaan Aidilfitri nanti.
Nampaknya, rakyat masih tidak faham mengenai fungsi Ismail Sabri. Setahun berlalu, rakyat masi tidak faham-faham apa dilakukan Ismail Sabri berkaitan Covid-19.
Maka, dirasakan perlu untuk mengulangi pemakluman mengenai tugas Ismail Sabri agar lebih banyak yang faham.
Sebagai Menteri Kanan Keselamatan, selain tugas hakikinya sebagai Menteri Pertahanan, Ismail Sabri diamanahkan tugas sebagai jurucakap kepada kerajaan berkaitan Covid-19.
Penugasan itu bertujuan agar sebarang isu berkaitan diseleras hanya dikeluarkan oleh satu menteri sahaja. Seperti kita sedia maklum, hal berkaitan Covid-19 ini melibatkan semua kementerian atau semua peringkat pentadbiran kerajaan, syarikat mahupun rakyat jelata.
Jika tidak dilantik hanya seorang jurucakap, akan keluar macam-macam kenyataan dari menteri dan agensi kerajaan yang akan menyebabkan rakyat keliru.
Jadi,
sebagai jurucakap, Ismail Sabri bertanggungjawab menyampaikan apa-apa berita
atau keputusan berdasarkan kepada apa yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis
Keselamatan Negera (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.
Sebarang isu
berkaitan Covid-19 dibincang dengan teliti dan diperhalusi sebelum satu
keputusan bersama diambil.
Dan, segala
keputusan itu dipertanggungjawabkan kepada Ismail Sabri untuk disampaikan
kepada rakyat melalui sidang media khas.
Mudah cakap,
apa sahaja yang disampaikan oleh Ismail Sabri adalah satu keputusan atau
maklumat melibatkan pihak-pihak yang terlibat.
Apabila
Ismail Sabri membuat kenyataan larangan Rentas Negeri pada musim Aidilfitri,
itu adalah keputusan mesyuarat MKN.
Dalam setiap
kenyataan, Ismail Sabri akan menyebut ‘sumber’ keputusan itu diambil.
Contohnya, berdasarkan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), maka
mesyuarat memutuskan bahawa Retas Negeri tidak dibenarkan.
Jelas sekali
keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKN berdasarkan kepada nasihat KKM dan ia
disampaikan oleh Ismail Sabri. Malang sekali Ismail Sabri dipersalahkan dalam
soal itu.
Kita bukan
ingin mencari salah siapa. Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat MKN
mengambil kira pelbagai aspek demi untuk kepentingan rakyat. Terimalah dengan
hati terbuka demi untuk kepentingan bersama.
No comments:
Post a Comment